ASSALAMUALAIKUM WBR ,
RENUNGAN UNTUK KITA SEMUA........................
Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh
isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali
jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "
Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk
melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat
pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga
jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar
apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai
orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat
sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil
dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta
mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat
melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka
janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku
telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada
mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada
pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara
anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh
pula berpesan: Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai
anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia
memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana
ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku
telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu
menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku,
padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak
mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang
melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di
tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada
tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi
Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu
dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.
Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh
dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada
malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa
yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar
keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah
akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama
selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.
Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan
kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan
malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke
perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga
sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat
nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan
sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di
syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia
akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah
kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya
kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang
munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan
dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang
mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila
malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut
maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka
dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang
diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut,
kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut
mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah
dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki
ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal
malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat
maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut
orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri
mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab
dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah
gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis
AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah
S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada
Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan
tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju
ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di
bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari
minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.