Saturday, December 19, 2009

PESANAN ROH

ASSALAMUALAIKUM WBR ,

RENUNGAN UNTUK KITA SEMUA........................


Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh

isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali

jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "

Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk

melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku

beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat

pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan,

janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga

jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar

apabila terlepasnya roh dari tubuh".



Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai

orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat

sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan

dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil

dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta

mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,

anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat

melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai

jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka

janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan

janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku

telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada

mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada

pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan

mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara

anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.



Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh

pula berpesan: Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai

anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia

memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana

ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku

telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu

menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku,

padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak

mahu mendoakan aku".



Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang

melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di

tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada

tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi

Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu

dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang

memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan

teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh

dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada

malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa

yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar

keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah

akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama

selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.

Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan

kelihatan lebih terang daripada matahari.



Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu

kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan

kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya

sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan

malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke

perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan

malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga

sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali

datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari

dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat

nazak orang itu."



Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat

Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan

sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di

syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia

akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah

kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya

kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang

munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri.

Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan

dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di

sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat

neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.



Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang

mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila

malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut

maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini

kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada

Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka

dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang

diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut,

kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut

mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba

mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah

dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala

anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah

ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap

kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin

dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa

berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki

ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal

malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka

malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat

maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan

bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan

Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut

orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri

mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini

sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab

dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah

gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis

AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang

beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka

malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah

S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada

Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan

tenang.



Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia

keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju

ketujuh tempat:-



1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.



2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.



3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.



4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut

kehendak mereka.



5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di

bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari

minyak misik.



7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka

diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."



Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan

dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari

kuburnya:-



1. Orang-orang yang mati syahid.



2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.



3. Orang berpuasa di hari Arafah.



Sekian untuk ingatan kita bersama.

Tuesday, November 17, 2009

kes slamber..

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.
Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu sambil membaca buku cerita.
Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki di sebelahnya dengan selamba turut mengambil
biskut dari bungkusannya.
Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu
menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Alangkah tak malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku. Dia makan sama banyak dengan aku pulak tu. Memang dasar pencuri! rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus dengan perbuatannya.
Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan tersebut.
Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam 'mencuka' wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu.
Dasar pencuri besar....
Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila
melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan sahaja. Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi ?? Ya... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki tersebut. Lelaki yang tidak dikenali tersebut pula sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marah terhadapnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.